Home Berita Post View

Pembebasan Remaja Yang Sakit, Amal Nakhleh

May 18, 2022 12:36 pm

 

Pentadbiran penjara Israel membebaskan seorang tahanan pentadbiran iaitu seorang remaja yang mengalami kesakitan bernama Amal Nakhleh yang berumur 18 tahun. Beliau dibebaskan setelah 16 bulan berada di penjara Israel. 

Pejabat Penerangan Tahanan melaporkan bahawa tentera Zionis telah menahan Amal Nakhleh yang pada ketika itu berusia 17 tahun sejurus selepas serbuan tentera Zionis di kediamannya di kem pelarian Jalazone yang terletak di utara Ramallah. Beliau menderita penyakit yang jarang ditemui dipanggil myasthenia gravis. Penyakit tersebut memerlukan penjagaan yang khusus dan pengambilan ubat secara berkala. 

Tambahnya, Mahkamah Israel mengeluarkan perintah tahanan pentadbiran ke atasnya selama enam bulan yang kemudiannya dikurangkan selama empat bulan. Jelasnya, penahanan ini bukanlah yang pertama buat Amal Nakhleh sebaliknya beliau pernah ditahan dua bulan sebelum penahanannya sekarang.

Related