Home Berita Post View

Pertempuran Dan Penahanan Di Tebing Barat

May 18, 2022 12:36 pm

 

Tentera Zionis membuat pengepungan di kem pelarian Jenin yang menyebabkan sebuah pertempuran telah meletus. Mereka juga melancarkan operasi serangan dan pencerobohan di kawasan yang berbeza di Tebing Barat. Dalam serangan tersebut beberapa orang penduduk Palestin telah ditahan. 

Selain itu, tentera Zionis menceroboh bandar Jenin dan menyerbu beberapa buah kediaman di kejiranan yang disasarkan. Kem pelarian di Jenin telah dikepung dan pengepungan tersebut telah merebak ke beberapa kawasan sekitarnya. Mereka melakukan pendaratan udara berhampiran bandar Silat al-Harithiya dan telah diserang balas oleh pejuang Palestin yang melepaskan tembakan ke arah mereka dan ini membawa kepada pertempuran. 

Kumpulan bekas tahanan Israel melaporkan bahawa tentera Zionis telah menahan 17 orang penduduk Palestin dan ada di antara mereka merupakan tahanan yang dibebaskan. Operasi penahanan ini tertumpu di kawasan Hebron dan Jenin. 

Related