Kumpulan bekas tahanan Israel melaporkan bahawa dua orang tahanan yang bernama Khalil Awawda yang berusia 40 tahun dan seorang warga emas, Abdel-Rahman Salah yang berusia 69 tahun mengalami tahap kesihatan yang kian merosot.
Khalil Awawda telah melakukan mogok lapar selama 77 hari sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran. Kini, tahap kesihatannya kian merosot di klinik penjara Ramla. Beliau tidak dapat mengawal badannya dan mengalami kesukaran ketika bercakap dan hilang tumpuan ketika melihat. Selain itu, beliau juga mengalami sakit yang teruk di bahagian kepala dan bahagian kaki, tubuhnya lemah dan kurus kering. Hakim tahanan menyatakan bahawa pentadbiran penjara enggan memakaikannya pakaian dan tidak membenarkan beliau mandi selama seminggu.
Selain itu, tahanan warga emas, Abdel Rahman-Saleh mengalami masalah penglihatan yang teruk, penurunan berat badan dan masalah kesihatan yang lain seperti diabetes dan tekanan yang kronik. Kumpulan bekas tahanan Israel juga menambah bahawa pentadbiran penjara telah cuai dalam memberikan perubatan terhadapnya dan menangguhkan rawatan buat beliau. Beliau adalah salah seorang tahanan yang dibebaskan dalam perjanjian Wafaa Al-Ahrar dan telah ditahan semula.

