Seramai 71 orang penduduk Palestin cedera akibat ditembak menggunakan peluru logam dan sesak nafas akibat terhidu gas beracun. Tentera Israel bertindak ganas memukul penduduk Palestin dengan keras semasa upacara pengebumian jenazah as-Syahid Walid al-Syarif di tanah perkuburan berdekatan Masjid al-Aqsa. Beliau syahid akibat ditembak oleh tentera Zionis pada akhir Ramadan lalu.

