Seorang tahanan yang dibebaskan, Ehab Zaid al-Kilani syahid akibat kecuaian pegawai perubatan semasa penahanannya di penjara Israel.
Sumber akhbar melaporkan bahawa beliau meninggal dunia akibat kanser sejurus selepas pembebasannya dari penjara Israel pada pertengahan Ramadan lalu.
Keluarga as-Syahid Ehab Zaid al-Kilani menegaskan bahawa putera mereka berada dalam keadaan sihat dan baik sebelum penahanannya. Bagaimanapun, layanan buruk yang diberikan dan kekurangan rawatan perubatan untuk tahanan yang mempunyai simptom menyebabkan penyakit merebak ke seluruh tubuhnya. Beliau dilepaskan oleh tentera Zionis bagi menafikan tanggungjawab ke atas mereka jika Ehab al-Kilani meninggal dunia ketika berada di dalam penjara Israel.
As-Syahid Ehab al-Kilani merupakan bapa kepada empat orang anak. Beliau telah ditahan sebanyak tujuh kali dan menghabiskan selama empat tahun setengah di penjara Israel secara berselang-seli.

