Tentera rejim Zionis melancarkan operasi serangan dan serbuan di beberapa kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Sejumlah penduduk Palestin ditahan manakala tercetus pertempuran di beberapa buah bandar.
Kumpulan bekas tahanan Israel melaporkan bahawa lebih daripada 50 orang penduduk Baitul Maqdis ditahan semasa pertempuran ekoran pengebumian as-Syahid Walid al-Syarif dari Masjid al-Aqsa. Pada masa yang sama, seramai 13 orang penduduk Palestin telah ditahan di Tebing Barat untuk siasatan lanjut.
Selain itu, tentera Zionis menyerbu perkampungan Anin Badda di daerah Jenin. Mereka mendirikan pusat pemeriksaan tentera di pintu masuk utama. Di Nablus pula, sebuah pertembungan tercetus antara pemuda Palestin dan tentera Zionis di sekitar kota lama.
Di wilayah Hebron, ramai penduduk Palestin mengalami sesak nafas semasa pertempuran antara tentera Zionis yang berlaku di pintu masuk kem pelarian al-Aroub, Beit Ummar dan Halhul.

