Home Berita Post View

Memperingati Tahun Ke-74 Peristiwa Nakbah

May 16, 2022 12:54 pm

 

Beberapa buah negeri di kawasan pedalaman Palestin mengadakan acara dan aktiviti bagi memperingati tahun ke-74 Nakbah bagi penduduk Palestin.

Acara utama tertumpu di Jaffa, Nazareth, Haifa dan Umm al-Fahm. Penduduk Palestin menaikkan bendera Palestin di atas bumbung rumah mereka, bertujuan untuk menegaskan hak mereka ke atas tanah tersebut. Pelbagai acara diadakan antaranya ialah malam kebudayaan untuk mengenang perjuangan wanita Palestin di kawasan yang dijajah, menyalakan obor sebagai simbolik kepulangan dan nyalaan lilin sebagai upacara berkabung bagi memperingati wartawan Shireen Abu Aqleh yang dibunuh oleh penembak hendap Zionis.

*Nakbah bermaksud musibah, bencana dan kehancuran.

Related