Berpuluh-puluh warga Israel mencerobohi pekarangan Masjid al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel. Terdapat dakwaan menyatakan bahawa pencerobohan ini berlaku bagi meraikan perayaan Hari Paskah Kedua. Oleh sebab itu, warga Israel menentang kumpulan murabithun untuk mereka mengadakan upacara keagamaan di kawasan tersebut.
*Murabithun ialah penduduk Palestin yang tinggal berdekatan Masjid al-Aqsa bagi menjaga dan mengawasi pekarangan masjid tersebut.

