Sebuah pertempuran tercetus di beberapa kejiranan bandar Baitul Maqdis dan Salfit yang terletak di Tebing Barat.
Sejumlah penduduk Palestin cedera dan mengalami sesak nafas semasa pertembungan dengan beberapa orang warga Israel di perkampungan Hares, barat Salfit. Pencerobohan yang dicetuskan oleh warga Israel ini telah mendapat perlindungan polis Israel yang melepaskan gas pemedih mata secara besar-besaran ke arah orang awam.
Selain itu di Baitul Maqdis, sebuah pertempuran tercetus antara tentera Israel dan penduduk Palestin di Silwan, Isawiyya, Shu’afat dan al-Sawanah ekoran serangan warga Israel ke atas kenderaan penduduk Baitul Maqdis dengan membaling batu dan membakar beberapa harta benda milik mereka. Di samping itu, tentera Zionis melepaskan gas pemedih mata dan bom bunyi dalam pertempuran tersebut ke arah para pemuda yang menentang mereka dengan membaling mercun. Beberapa orang penduduk Palestin mengalami sesak nafas.

