Tentera Zionis melancarkan operasi serangan dan serbuan ke atas beberapa buah kawasan yang berbeza di Tebing Barat dan beberapa orang penduduk Palestin telah ditahan.
Kumpulan bekas tahanan Israel menyatakan bahawa tentera Zionis telah menahan lapan orang penduduk Palestin dan mereka dipindahkan ke bahagian keselamatan Israel bagi disoal siasat berkenaan penyertaan mereka dalam himpunan menentang tentera Israel bersama lima orang tahanan yang berjaya bebas di Hebron.
Pada masa yang sama, tentera rejim Zionis menahan Daoud al-Zubaidi dari kem pelarian Jenin dalam keadaan kesihatannya yang teruk. Saudara beliau menyatakan bahawa Daoud dipindahkan dari kem pelarian Jenin ke hospital kerana tahap kesihatannya yang merosot selepas kecederaan yang dialami semasa tentera Zionis menyerbu kem pelarian Jenin dan beliau ditahan hari ini.

