Home Berita Post View

Amerika Memberi Tekanan Ke Atas Pihak Berkuasa Palestin

May 13, 2022 12:59 pm

 

Laman web Ynet melaporkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat memberi tekanan kepada pihak berkuasa Palestin bagi membenarkan penglibatan tentera Israel dalam siasatan kes pembunuhan wartawan, Shereen Abu Aqleh. Beliau ditembak oleh penembak hendap semasa membuat liputan akhbar berkenaan pencerobohan yang berlaku di kem pelarian Jenin yang terletak di Tebing Barat.

Dalam masa yang sama, pemimpin yang mewakili bekas tahanan Israel, Nasser Qaws berkata bahawa tentera Zionis cuba meletakkan syarat untuk mengebumikan jenazah Shereen Abu Aqleh dengan tidak menaikkan bendera Palestin dan menghalang upacara keagamaan dilakukan ketika pengebumiannya. Beliau akan dikebumikan di Baitul Maqdis, tanah yang menjadi tempat kelahirannya.  

Related