Tentera Israel menyerbu beberapa buah kawasan di Jenin yang terletak di Tebing Barat dan menerima tentangan dari pasukan pejuang Palestin.
Saksi menyatakan bahawa tentera Israel menyerbu kem pelarian Jenin, lembah Burqin dan kawasan yang disasarkan di bandar berkenaan. Penembak hendap Israel diarahkan untuk berada di bumbung-bumbung rumah penduduk Palestin kemudian menceroboh rumah tersebut. Sebuah pertempuran tercetus antara tentera Israel dan pejuang-pejuang Palestin yang menentang pencerobohan tersebut. Kejadian ini telah mengakibatkan seorang pemuda, Daoud al-Zubaidi cedera dan saudaranya, Zakaria al-Zubaidi ditembak oleh tentera Israel di bahagian perutnya.

