Dua orang tahanan, Khalil Awawdeh berusia 40 tahun dan Raed Rayan berusia 27 tahun meneruskan mogok lapar masing-masing untuk hari ke-72 dan ke-37 untuk menolak tahanan pentadbiran di penjara Israel.
Kumpulan bekas tahanan Israel menyatakan bahawa pentadbiran penjara Israel mengembalikan Khalil Awawdeh ke klinik penjara Ramla selepas beliau dipindahkan ke Hospital Assaf Harofeh baru-baru ini akibat tahap kesihatan yang merosot.
Mereka menegaskan bahawa tentera Israel meminta Khalil Awawdeh diperiksa semula dan laporan perubatan dikeluarkan bagi meneliti kemungkinan memindahkannya ke hospital semula. Kumpulan bekas tahanan Israel menganggap bahawa rancangan ini merupakan sebahagian daripada jenayah terancang yang dilakukan terhadapnya.
Tambahnya lagi, Raed Rayan yang melancarkan mogok lapar selama 37 hari mengalami kesakitan di bahagian kepala, sendi dan menggunakan kerusi roda kerana tidak boleh berjalan.

