Home Berita Post View

Kecaman Besar-besaran Ke Atas Pembunuhan Shereen Abu Aqleh

May 11, 2022 12:12 pm

 

Pasukan pejuang Palestin, institusi, dan pegawai Palestin mengecam sekeras-kerasnya jenayah pembunuhan wartawan al-Jazeera, Shereen Abu Aqleh yang dilakukan oleh tentera Israel. Kejadian berlaku semasa beliau sedang membuat liputan akhbar berkenaan pencerobohan dan serbuan yang berlaku di kem pelarian Jenin yang terletak di Tebing Barat.

Semua rakyat menganggap bahawa jenayah tersebut disengajakan bagi menentang kebebasan akhbar di Palestin. Ia berikutan jenayah sebelumnya terhadap wartawan Palestin. Kejadian yang berlaku ini menuntut agar institusi hak asasi manusia dan pihak berwajib meminta Israel bertangggungjawab di atas jenayah ini termasuklah jenayah yang lain serta mendesak untuk membawa kes ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.  

Related