Home Berita Post View

Kecederaan Ketika Pertempuran Di Silwan

May 11, 2022 12:11 pm

 

Tentera Israel menceroboh kawasan kejiranan Ain al-Hilweh yang terletak di Baitul Maqdis dan menindas peserta solidariti yang menyokong keluarga al-Rajabi di mana rumahnya dirobohkan oleh tentera Israel.

Akibat daripada kejadian ini, satu pertempuran tercetus antara pemuda Baitul Maqdis dan tentera Israel yang telah melepaskan bom tangan dan gas beracun ke arah orang awam secara rawak. Pertempuran ini telah mengakibatkan seramai 22 orang penduduk Palestin cedera.

Sebuah pangsapuri dirobohkan milik keluarga al-Rajabi dengan menggunakan jentolak oleh Israel. Terdapat dakwaan menyatakan bahawa pangsapuri tersebut dibina tanpa kelulusan permit dan menyebabkan 35 orang penduduk diusir.

Related