Sejak awal pagi Rabu, Israel memulakan serbuan dan serangat yang hebat terhadap penduduk Palestin di Jenin.
Seorang lagi wartawan, Ali Samoudi cedera akibat terkena peluru hidup di bahagian belakang tubuhnya semasa berlaku pencerobohan di Jenin. Sumber tempatan melaporkan bahawa keadaan beliau stabil.
Semasa serbuan tersebut, Israeli Occupation Forces (IOF) merampas sejumlah kediaman penduduk Palestin di Jenin dalam cubaan untuk menangkap penduduk di sana.
Di Tebing Barat, hampir setiap hari penduduk di sana menghadapi serbuan dan serangan yang berterusan oleh tentera Israel. Mereka terpaksa mengharungi tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata yang dilepaskan ke arah mereka.

