Pasukan pejuang Palestin memberi amaran kepada tentera Israel ketika berlangsungnya sidang akhbar di Semenanjung Gaza supaya tidak menyasarkan mana-mana pemimpin pejuang Palestin. Sekiranya mereka meneruskan hasrat tersebut, maka terbukalah pintu-pintu kehancuran buat mereka kerana serangan balas yang hebat akan berlaku dan merentas sempadan Palestin menuju ke arah mereka.

