Home Berita Post View

Penahanan Dan Tindakan Meruntuhkan Kediaman Di Tebing Barat

May 09, 2022 01:02 pm

 

Tentera Israel melancarkan serangan dan serbuan di kawasan berbeza di Tebing Barat. Dalam serangan tersebut, beberapa orang penduduk Palestin telah ditahan manakala terdapat jentolak digunakan oleh tentera Israel untuk meruntuhkan empat buah kediaman dan bilik-bilik.

Persatuan tahanan melaporkan bahawa seramai 12 orang penduduk Palestin ditahan di Tebing Barat. Tentera Israel turut membuat serangan ke atas bandar Rummana buat kali kedua dalam masa kurang 12 jam. Selain itu, enam orang pemuda ditahan selepas kediaman mereka digeledah oleh tentera Israel dan ini membawa kepada tercetusnya sebuah pertempuran di bandar berkenaan.

Terdapat beberapa buah jentolak digunakan oleh tentera Israel bagi meruntuhkan dua buah kediaman penduduk Palestin yang masih dalam pembinaan di bandar Bayt Dajan yang terletak di daerah Nablus dan dua buah bilik yang juga masih dalam pembinaan di daerah Tubas.

Related