Sumber daripada pejuang Palestin menegaskan kepada portal al-Mayadeen bahawa mereka telah meningkatkan tahap kewaspadaan ketenteraan mereka setelah tentera Israel mengumumkan permulaan latihan ketenteraan secara besar-besaran.
Pejuang Palestin juga mengumumkan bahawa pergerakan jihad mereka telah menjalani latihan secara tertutup sejak beberapa minggu lalu.
Media Israel melaporkan bahawa tentera Israel akan memulakan gerakan besar-besaran hari ini di mana gerakan ini telah ditangguhkan sejak tahun lepas kerana berlakunya perang Saif al-Quds antara pejuang Palestin di Semenanjung Gaza.

