Home Berita Post View

Serbuan Dan Pencerobohan Di Malam Hari

Apr 29, 2022 11:39 am

 

Tentera Israel menyerbu dua buah perkampungan iaitu perkampungan Janiya dan Budrus yang terletak di barat Ramallah.

Tentera Israel menyerbu perkampungan Budrus dan ibu pejabat kampung tersebut. Pintu pejabat diletupkan, peralatan rakaman dan kamera khas milik pejabat dirampas serta dirosakkan. 

Pertempuran yang meletus di perkampungan berkenaan berlaku antara sekumpulan pemuda Palestin dan tentera Israel. Mereka melepaskan tembakan peluru logam ke arah para pemuda manakala para pemuda berkenaan membuat serangan balas dengan membaling batu ke arah  tentera berkenaan.

Konfrontasi berlaku antara sekumpulan pemuda dan tentera Israel di perkampungan Janiya susulan tentera Israel melepaskan gas beracun ke arah penduduk Palestin.

Related