Laman web Ynet melaporkan bahawa Mahkamah Tinggi Israel menolak petisyen yang dikeluarkan oleh pertubuhan Peace Now dan Majlis Perbandaran Hebron. Petisyen dikeluarkan bagi menghalang pembinaan dua buah bangunan di kota lama Hebron dan Tebing Barat.
Laman web berkenaan menganggap bahawa langkah ini merupakan pencapaian yang penting bagi warga Israel kerana ia akan dibina di kompleks penempatan di kawasan bandar untuk memperluaskannya.
Rancangan ini telah bermula sejak beberapa tahun lalu sebelum dibekukan buat sementara waktu. Namun, mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan berhubung perkara ini dan sebanyak 31 buah unit penempatan akan dibina.

