Home Berita Post View

Penduduk Palestin Diserang Di Tebing Barat

Apr 28, 2022 11:06 am

 

Penduduk Israel menyerang penduduk Palestin serta harta benda milik mereka di kawasan berasingan yang terletak di Tebing Barat.

Di Hebron, sekumpulan penduduk Israel menyerang dan memukul seorang pengembala kambing semasa beliau menggembala kambing miliknya.

Di samping itu, sekumpulan penduduk Israel yang lain menyelinap masuk ke Kampung Burqa kemudian, menyerang rumah milik penduduk Palestin. Tindakan mereka ini mendapat perlindungan daripada pasukan tentera Israel. Penduduk Palestin berhadapan dengan serangan yang dihadapi dan keadaan ini telah mencetuskan pertembungan antara mereka di kawasan tersebut. Dua orang pemuda Palestin mengalami sesak nafas akibat terhidu bom gas beracun yang dilempar oleh pasukan tentera Israel.

Selain itu, di kawasan utara Lembah Jordan, jentolak milik penduduk Israel menggondol tanah di kawasan yang bernama al-Farisiyah bagi menyempurnakan operasi mereka yang berlangsung semenjak beberapa hari yang lalu. Mereka juga telah menubuhkan beberapa buah rumah bergerak sebagai persediaan untuk penubuhan pos penempatan yang baru.

Related