Home Berita Post View

Sempena Hari Al-Quds Sedunia, Para Pemimpin Pejuang Menyampaikan Mesej Kepada Dunia

Apr 28, 2022 11:05 am

 

Acara tahunan Forum Baitul Maqdis diadakan secara maya yang disertai oleh pemimpin-pemimpin pasukan pejuang bersempena Hari al-Quds Sedunia. Dalam persidangan tersebut, mereka menyampaikan mesej kepada dunia bahawa mereka mengesahkan sokongan mereka terhadap rakyat Palestin dan mempertahankan Masjid al-Aqsa serta Baitul Maqdis. 

Ketua Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh berkata bahawa Hari al-Quds Sedunia disambut bagi memperingati pencerobohan dan serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Masjid al-Aqsa dan pasukan perikatan. Beliau juga menegaskan bahawa pilihan pasukan pejuang adalah pilihan rakyat Palestin, bukannya dari pilihan puak mereka sendiri. Setiausaha Agung Gerakan Jihad Islami, Ziyad al-Nakhalah mengukuhkan bahawa Iran menerima tentangan untuk mencapai kemenangan. 

Ketua Ulama Syiah, Sheikh Ali Qassim berkata bahawa Masjid al-Aqsa ditimpa serangan yang paling hebat dan licik daripada Zionis. Beliau bertegas bahawa negara ini sedang berdepan dengan ancaman peralihan identiti dan kedudukannya akibat normalisasi penghapusan etnik daripada pihak musuh. 

Forum ini disertai oleh Setiausaha Am Popular Front for the Liberation of Palestine – General Command (PFLP-GC), Talal Naji, Ketua Paderi Atallah Hanna, Ketua dan Setiausaha Am Pertubuhan Badar, Hadi al-Amiri, Khatib Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sa’id Sabri, Mufti Iraq, Sheikh Mahdi bin Ahmed al-Sumaidaie, Timbalan Setiausaha (PFLP-GC), Abu Ahmad Fuad dan pemimpin gerakan Ansar Allah, Abdul Malik al-Houthi. Mereka semua sebulat suara bersetuju berkenaan kepentingan al-Quds dan kesuciannya serta keperluan untuk melindungi tanah tersebut daripada dikotori oleh Israel.

Related