Home Berita Post View

Tiga Orang Pemuda Palestin Ditangkap

Apr 26, 2022 10:32 am

Pasukan tentera Israel menangkap beberapa orang penduduk Palestin dari dua wilayah iaitu Nablus dan Jenin. Kedua-dua wilayah terletak di utara Tebing Barat.

Menurut seorang saksi, pasukan tentera Israel telah menyerbu masuk bandar Qabatiya yang terletak di selatan Jenin dan menangkap seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara, Muhammad Amer Hanaishe serta seorang pemuda, Usamah al-Smadi.

Selain itu, di bandar Awarta yang terletak di selatan Nablus, seorang lagi tahanan yang berjaya bebas dari penjara, Nada Sherab juga telah ditangkap lalu dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui.

 

Related