Home Berita Post View

Seorang Pemuda Syahid Di Jericho

Apr 26, 2022 10:32 am

Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kematian seorang pemuda, Ahmad Oweidat yang berumur 20 tahun. Kematian beliau berpunca daripada kecederaan yang kritikal pada bahagian kepalanya akibat ditembak oleh pasukan tentera Israel. Kejadian ini berlaku di Jericho yang terletak di Tebing Barat.

Di samping itu, tiga orang pemuda juga telah ditembak. Salah seorang daripada mereka mengalami kecederaan yang serius dan kejadian ini berlaku semasa pasukan penyamar Israel menyerbu kem pelarian Aqabat Jabr yang terletak di selatan bandar tersebut. Ekoran daripada kejadian itu, sebuah pertempuran antara para pemuda Palestin dan pasukan tentera Israel telah tercetus.

 

Related