Sidang kemuncak yang melibatkan Mesir, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu yang diadakan di Kaherah, ibu negara Mesir bagi membincangkan perkembangan terkini global dan serantau terutamanya berkenaan isu Palestin sedang berjalan.
Sidang kemuncak tersebut melibatkan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, Raja Jordan, Raja Abdullah II dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed al-Nahyan. Dalam persidangan tersebut, mereka menegaskan bahawa negara mereka tidak akan berputus asa dalam usaha mencari jalan bagi menenangkan situasi gawat di al-Quds. Mereka menekankan keperluan bagi menghentikan Israel dalam semua tindakan yang dapat meruntuhkan kedamaian Palestin. Antara rumusan lain persidangan tersebut ialah betapa pentingnya rundingan secara serius berkenaan isu Palestin merupakan asas kepada penyelesaian dua negara terbabit.

