Hari ke-114, hampir 650 orang tahanan masih meneruskan boikot terhadap Mahkamah Israel bagi menolak dasar penahanan pentadbiran. Boikot ini dilaksanakan di bawah slogan “Bebaskan Kami!”.
Pada awal Januari yang lepas, para tahanan pentadbiran mengumumkan boikot secara mutlak terhadap semua prosedur kehakiman yang berkaitan dengan penahanan pentadbiran.
Di samping itu, seorang tahanan, Khalil Awawda yang berusia 40 tahun telah meneruskan mogok lapar secara terbuka sehingga hari ke-53 sebagai bantahan terhadap dasar tersebut.
Menurut persatuan tahanan, kesihatan beliau semakin hari semakin merosot. Keadaan ini berlarutan kerana pihak penjara enggan menjawab maklum balas terhadap tuntutannya serta tuntutan pembebasannya.

