Mahkamah Tinggi Israel menolak rayuan yang menghalang penutupan kes kematian empat orang kanak-kanak yang merupakan ahli keluarga kepada Bakar yang berasal dari Gaza. Mereka syahid akibat terkena serangan peluru berpandu milik pesawat tentera Israel ketika sedang bermain di di pesisir pantai Gaza pada tahun 2014.
Pada tahun 2020, tiga buah pertubuhan hak asasi manusia telah mengemukakan sebuah petisyen sebagai bantahan kepada keputusan pendakwa raya yang menolak rayuan yang telah dikemukakan. Petisyen tersebut dibuat bagi menghalang kes kematian kanak-kanak tersebut digugurkan serta mengarahkan untuk membuka semula kertas siasatan jenayah ke atas pelaku-pelaku yang bertanggungjawab ke atas perbuatan tersebut.
Menurut mereka yang membuat petisyen tersebut, bukti siasatan menunjukkan bahawa pesawat tentera Israel dengan sengaja melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak tersebut apabila mereka menyasarkan senjata itu secara langsung ke arah mereka tanpa mengenal pasti identiti mereka terlebih dahulu. Mereka juga tidak mengambil sebarang langkah keselamatan yang sepatutnya. Tindakan pihak mahkamah menolak rayuan ini jelas menjadi bukti bahawa Israel tidak berhasrat untuk mendakwa jenayah yang dilakukan oleh pasukan tentera serta pemimpinnya ke atas warga Palestin. Keadaan ini menimbulkan keperluan untuk menggesa pihak mereka melaksanakan siasatan yang adil dan saksama agar pelaku-pelaku yang bertanggungjawab dalam jenayah ini dapat dihukum.

