Pasukan tentera Israel melancarkan kempen penangkapan besar-besaran di dua kota iaitu kota al-Quds dan kota Jenin yang terletak di Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan, pasukan tentera Israel menyerbu masuk bandar Isawiya yang terletak di timur laut al-Quds. Ekoran daripada tindakan tersebut, sebuah pertembungan antara para pemuda al-Quds dan pasukan tentera telah meletus. Mereka membakar tayar getah dan membaling bunga api ke arah pasukan tentera Israel. Sepanjang pertembungan, pasukan tentera Israel telah menangkap seorang pemuda yang cuba menyerang pihak pasukan tentera manakala enam orang lagi warga al-Quds ditangkap di kawasan kejiranan Jabel Mukaber yang terletak di selatan kota tersebut.
Selain itu, di kota Jenin, pasukan tentera Israel menangkap tiga orang saudara. Dua orang daripadanya ditangkap di pos pemeriksaan tentera manakala seorang lagi ditangkap semasa pihak pasukan tentera meletupkan pintu masuk rumah dan menyerbu masuk ke dalam rumah mereka.

