Home Berita Post View

Israel Menyerang Mu’takifin Di Al-Aqsa

Apr 21, 2022 11:46 am

 

Tentera Israel menyerang Masjid al-Aqsa buat hari kelima. Mereka menyerang mu’takifin yang berada di dalam Masjid al-Aqsa dan mengusir mereka menggunakan kekerasan sebelum membenarkan pelampau Israel memasukinya.

Saksi melaporkan bahawa sekumpulan besar anggota polis yang lengkap bersenjata menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa. Mereka melepaskan gas pemedih mata dan peluru logam ke arah mu’takifin dan mengepung mereka di dalam Masjid al-Qibli. Kejadian ini menyebabkan ramai pemuda yang menentang tentera Israel dengan takbir, sorakan dan mercun mengalami sesak nafas.

Tentera Israel juga telah menyerang mu’takifin wanita dengan mengepung mereka di pekarangan ruang solat Kubah as-Sakhra. Pada masa yang sama, Israel juga menghalang para wartawan daripada membuat liputan di tempat kejadian.

*Mu’takifin merujuk kepada mereka yang beriktikaf di dalam masjid/surau.

Related