Ketua Biro Politik HAMAS, Ismail Haniyeh menegaskan bahawa serangan warga Israel ke atas Masjid al-Aqsa bakal melonjakkan dimensi strategik bagi konflik antara Palestin dan Israel pada masa hadapan.
Dalam satu kenyataan ringkas, Haniyeh berkata, “Saya sampaikan pesanan kepada Israel. Jika kalian mengira serbuan ke atas al-Aqsa ini akan mengubah akhlak Islam di kawasan masjid maka, kalian sedang bermimpi.”
Tegas beliau, pasukan-pasukan perikatan yang bertindak sebagai barisan pertama pertahanan masjid akan menentang dasar pencerobohan dan pertempuran yang masih berlaku di peringkat awal lagi. Hal yang sama pernah dilakukan oleh penduduk Palestin yang berjaya menewaskan perarakan Flag March yang dijalankan oleh pihak Israel pada tahun lalu.
*Flag March ialah acara tahunan yang disambut oleh kebanyakan kumpulan nasionalis Yahudi bagi meraikan kejayaan rejim Zionis Israel menguasai Palestin pada tahun 1967.

