Home Berita Post View

Serangan Berlaku Di Burqa

Apr 20, 2022 11:30 am

Di utara Tebing Barat, sebuah pertembungan telah berlaku antara para pemuda Palestin dan pasukan tentera Israel. Kejadian ini telah mengakibatkan berpuluh-puluh orang pemuda mengalami sesak nafas. Dalam masa yang sama, sebuah perarakan yang menuju ke arah pos pengawal penempatan Homesh telah diadakan bagi mencetuskan provokasi di sana. Perarakan ini disertai oleh ribuan warga Israel dan mendapat perlindungan daripada pihak pasukan tentera sepanjang ia berlangsung.

Bagi memastikan kelancaran perarakan tersebut, pasukan tentera Israel memutuskan untuk menutup gerbang masuk bandar Burqa, Sebastia, Bazariya serta Silat ad-Dhahr dengan timbunan tanah. Pihak pasukan tentera pernah mengumumkan bahawa mereka tidak dapat menjamin keselamatan dan keamanan perarakan tersebut kerana kekurangan bilangan anggota tentera akibat situasi darurat yang berlaku di Tebing Barat dan Gaza. Namun begitu, perarakan ini masih mendapat sambutan dan penyertaan daripada anggota badan perundangan Knesset. 

Di samping itu, pasukan tentera telah menyerang para pemuda yang berani menentang dan menghalang perarakan tersebut dengan melepaskan tembakan dan melemparkan gas beracun ke arah mereka. Tindakan ini telah mengakibatkan berpuluh-puluh orang daripada mereka syahid lemas akibat terhidu gas beracun.

 

Related