Portal Walla yang berpusat di Israel melaporkan bahawa delegasi Amerika Syarikat mengadakan lawatan ke Israel pada minggu ini bagi mengadakan pertemuan bersama barisan kepimpinan politik Israel, Mesir dan Jordan. Pertemuan ini diadakan bertujuan untuk meredakan serangan yang berlaku di al-Aqsa. Sementara itu, pertemuan antara beberapa gerakan pejuang yang berpusat di Palestin yang diadakan semalam telah merumuskan untuk meningkatkan pertahanan awam bagi menghadapi sebarang serangan yang berlaku ke atas Masjid al-Aqsa.

