Home Berita Post View

Israel Menceroboh Al-Aqsa

Apr 20, 2022 03:46 am

 

Sekumpulan besar pasukan tentera Israel menyerbu Masjid al-Aqsa untuk memastikan kemasukan penduduk Israel ke kawasan masjid tersebut berjaya bagi meraikan perayaan Paskah yang berlangsung selama seminggu.

Pasukan tentera mengenakan kepungan ke atas ruang solat Masjid al-Qibli dan menempatkan penembak tepat di atas bumbung masjid dan bangunan yang terletak bersebelahan dengannya. 

Pasukan perikatan Palestin membalas tindakan pencerobohan pihak pasukan tentera dan penduduknya dengan mengetuk gerbang Masjid al-Qibli, lalu mereka bertakbir dan melemparkan mercun ke arah pasukan Israel. Selain itu mereka juga merampas pengadang yang digunakan oleh pasukan tentera Israel semasa menceroboh kawasan masjid.

Rentetan daripada tindakan Israel yang menutup gerbang masuk masjid, pasukan perikatan melanjutkan protes mereka ke atas tindakan tersebut di Masjid al-Qibli dan Qubah as-Sakhra.

Related