Portal Kan yang berpusat di Israel melaporkan, pasukan tentera Israel memutuskan untuk mengukuhkan sistem Iron Dome di sempadan semenanjung Gaza kerana bimbang peluru misil akan dilepaskan dari kawasan tersebut.
Ekoran daripada peristiwa yang berlaku di al-Quds, Presiden Israel, Naftali Bennett menekankan bahawa peralatan keselamatan telah tersedia sempurna dan boleh digunakan untuk memperkukuhkan pertahanan di sempadan.

