Pengurus Masjid al-Ibrahimi, Ghassan al-Rajabi berkata, Zionis Israel telah menutup masjid itu selama dua hari.
Tambahnya lagi, pasukan tentera Israel menghalang warga Palestin daripada memasuki kawasan masjid dan menunaikan solat di sana. Hal ini kerana, mereka ingin memberi ruang kepada warga Israel untuk meraikan sambutan perayaan Yahudi dan melaksanakan upacara Talmud di dalam kawasan masjid.
Al-Rajabi mengecam tindakan tersebut namun pasukan tentera masih meneruskan kawalan senjata di sekitar masjid dan merampas sebahagian besar harta benda masjid dan memberikannya kepada warga Israel.

