Pemimpin luar negeri gerakan HAMAS, Khalid Mashal berkata, Gaza tidak berhasrat ke atas sebarang serangan tetapi mereka bertanggungjawab untuk menghentikan serangan yang berlaku di al-Quds.
Kenyataan di atas merupakan maklum balas terhadap gesaan Menteri Luar Negeri Qatar kepada Ketua Biro HAMAS, Ismail Haniyeh yang berkata bahawa Israel tidak mahu sebarang serangan berlaku.
Dalam sebuah seminar yang bertajuk “Masjid al-Aqsa dan Kedudukannya Terhadap Ummah”, Haniyeh menyampaikan sebuah mesej kepada Menteri Luar Negeri Qatar bahawa sebarang upacara penyembelihan di al-Aqsa serta serbuan di kem pelarian Jenin adalah dilarang dan para tahanan al-Aqsa harus dibebaskan.
Dalam konteks yang sama, pasukan pejuang Palestin telah melepaskan misil ke kawasan pantai Gaza. Kejadian ini bertepatan dengan apa yang sedang berlaku di Masjid al-Aqsa dan Tebing Barat semenjak awal Ramadan.

