Home Berita Post View

4400 Orang Tahanan Di Dalam Penjara Israel

Apr 18, 2022 06:27 am

 

Pada hari ini, berlangsungnya Hari Tahanan Palestin yang jatuh pada tanggal 17 April setiap tahun. 

Pada setiap tahun, rakyat Palestin akan meraikan hari ini melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di seluruh negara. Tindakan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada dunia berkenaan isu para tahanan. Hari Tahanan ini disambut bagi menzahirkan kesetiaan dan kebersamaan kepada para tahanan dan syuhada gerakan tahanan yang syahid di dalam penjara Israel. 

Kira-kira seramai 4400 orang tahanan di dalam penjara Israel, ini termasuklah 34 orang tahanan merupakan wanita manakala 170 orang kanak-kanak yang berumur kurang daripada 18 tahun. Psikologi mereka terseksa serta hak asasi mereka yang paling asas juga telah dicabul. Mereka tidak diberikan rawatan yang sepatutnya oleh pihak penjara Israel. 

Related