Para pengawal keselamatan Masjid al-Aqsa menahan tiga orang warga Israel yang menyamar sebagai orang Arab daripada memasuki Masjid al-Aqsa.
Jabatan Wakaf Islam di Baitul Maqdis melaporkan bahawa tiga orang warga Israel tersebut cuba untuk menyerang para pengawal yang bertugas.
Menurut akhbar The Times, Pertubuhan Haikal menawarkan ganjaran kepada mereka yang berjaya menceroboh masuk kawasan masjid bagi melaksanakan upacara korban sempena perayaan Paskah.

