Home Berita Post View

Pertembungan Di Beita

Apr 15, 2022 11:59 am

Di bandar Beita, berpuluh-puluh rakyat Palestin telah mengalami kecederaan akibat pertembungan ganas yang tercetus antara pasukan tentera Israel dan para pemuda Palestin.

Sumber tempatan melaporkan, pertembungan tersebut berlaku selepas perarakan mengecam pembunuhan seorang warga emas yang bernama Fawaz Hamayel berlangsung. Beliau ditembak oleh anggota pasukan tentera Israel semasa pertembungan yang berlaku pada Rabu lepas.

Menurut Pasukan Bulan Sabit Merah, 42 orang rakyat Palestin maut akibat sesak nafas kerana menghidu gas beracun manakala dua orang wartawan telah ditangkap semasa mereka membuat liputan pertembungan yang berlaku.

 

Related