Pasukan tentera Israel melancarkan operasi penangkapan besar-besaran terhadap 30 orang warga Palestin yang berada di Tebing Barat.
Di Tulkarm, 13 orang warga Palestin yang menetap di kem pelarian Nur Shams telah ditangkap manakala di Ramallah, seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara, Hamza al-Atoot juga ditangkap. Selain itu, seorang pemuda yang menetap di Betlehem ditangkap selepas rumahnya diserbu oleh pihak tentera. Pasukan tentera juga telah menangkap tiga orang warga Palestin di Nablus dan lima yang lain di Jenin. Tiga daripada mangsa yang ditangkap merupakan adik beradik manakala tujuh orang lagi ditangkap di Hebron. Mangsa tangkapan termasuklah seorang tahanan yang berjaya bebas dari penjara.

