Semasa perbicaraan khusus berkenaan tuntutan pembebasan awal ke atas seorang tahanan, Ahmad Manasrah, Mahkamah Kerajaan Israel yang terletak di Be'er Sheva memutuskan untuk memindahkan kes ini kepada jawatankuasa khas bagi membincangkan tuntutan yang dibuat.
Peguam bela yang mewakili Manasrah, Khaled Zabarka berkata, mahkamah menggugurkan fail keganasan daripada kes Manasrah dan ini bakal membuka pintu peluang untuk pertimbangkan tuntutan yang dibuat namun beliau tidak memberi kata putus berkenaan kes ini.
Mahkamah kerajaan mensabitkan Manasrah pada tahun 2016 dengan dakwaan bahawa beliau dan sepupunya yang telah syahid, Hasan Manasrah telah melakukan sebuah operasi di penempatan Pisgat Ze'ev pada tahun 2015. Beliau dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun namun hukuman tersebut dikurangkan menjadi sembilan tahun setengah semasa beliau berusia 13 tahun.

