Israel National News melaporkan, anggota polis Israel menangkap empat orang warga Israel yang berniat untuk melaksanakan upacara penyembelihan biri-biri di pekarangan Masjid al-Aqsa bersempena perayaan Paskah. Tindakan yang dibuat ini adalah kerana mereka takut akan ancaman yang dikeluarkan oleh pasukan pejuang Palestin.
Menurut Israel National News, empat orang yang ditangkap tersebut merupakan anggota pertubuhan Returners of the Temple. Mereka didapati menyimpan seekor biri-biri yang akan dijadikan sebagai korban upacara penyembelihan di Masjid al-Aqsa pada hari-hari yang akan datang.
Pihak polis menyeru agar warga Israel melaporkan sebarang pergerakan yang dibuat oleh pihak kumpulan kuil kepada mereka. Operasi penangkapan tersebut dibuat selepas pihak kerajaan mengumumkan bahawa warga Israel tidak berniat untuk melakukan sebarang upacara penyembelihan di masjid al-Aqsa. Ekoran daripada ancaman pasukan pejuang Palestin untuk menghentikan tindakan yang dirancang dengan apa jua cara, pihak polis mengusir warga Israel yang bertanggungjawab dalam agenda tersebut.

