Beberapa orang penduduk Palestin tercedera semasa operasi pencerobohan besar-besaran yang dilaksanakan oleh Israel di kawasan berasingan di Tebing Barat. Rentetan daripada kejadian tersebut, seramai enam orang penduduk Palestin ditahan.
Selain itu, enam orang pemuda Palestin cedera ditembak manakala seorang daripada mereka cedera parah. Insiden ini berlaku ekoran pertempuran di bandar Berita, selatan Nablus. Antara mangsa yang cedera ialah seorang pemuda yang terkena peluru logam di bahagian mata.
Di Joseph’s Tomb Sargossi, selatan Nablus, seramai empat orang penduduk cedera ditembak menggunakan peluru hidup manakala lima orang lagi cedera terkena peluru logam. Pada masa yang sama, seramai lapan orang telah mengalami sesak nafas akibat terhidu gas beracun semasa konfrontasi berlaku.
Dua orang pemuda cedera ditembak oleh tentera Israel di bandar Halhul, utara Hebron, sebelum tentera menahan salah seorang daripada mereka. Dalam pada itu, tentera Israel menyerbu berpuluh-puluh buah kediaman di kawasan berasingan di Jenin, Tulkarm, Nablus, Qalqilya, al-Bireh dan bandar-bandar lain. Penyerbuan ini membawa kepada penahanan 16 orang penduduk Palestin.

