Home Berita Post View

Penelitian Terhadap Tuntutan Pembebasan Seorang Tahanan

Apr 13, 2022 12:01 pm

Mahkamah Israel di Be’er Sheva yang terletak di Negev, Palestin, sedang mengadakan perbicaraan khusus bagi membincangkan tuntutan pembebasan segera ke atas seorang tahanan yang berasal dari bandar al-Quds iaitu Ahmad Manasra yang berusia 19 tahun. Beliau ditangkap ketika berusia 13 tahun dan dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun setengah.

Perbicaraan tersebut diadakan sempena pelancaran kempen sokongan dan penghargaan untuk beliau dengan menuntut pembebasan segera ke atasnya melalui tanda pagar #FreeAhmadManasra. Kempen ini telah menjadi saksi pertembungan besar beberapa jam yang lalu.

Peguam yang mewakili Manasra, Khaled Zabarka berkata, beliau telah mengemukakan rayuan untuk membuka kembali fail tahanan yang ditangkap semenjak tahun 2015 dan menyerahkannya kepada Jawatankuasa Parol Penjara pasukan tentera Israel.

Mahkamah telah mensabitkan kesalahan terhadap Manasrah pada tahun 2016 dengan dakwaan melakukan sebuah operasi di penempatan Pisgat Ze'ev pada tahun 2015. Manasrah mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badannya selepas ditembak dan Hasan, sepupunya syahid di tempat kejadian. Beliau diseksa secara fizikal dan mental dan kini ditempatkan di ruang isolasi.

Related