Home Berita Post View

Serbuan Besar-Besaran Di Tebing Barat

Apr 12, 2022 10:56 am

Pasukan tentera Israel melancarkan operasi serbuan secara besar-besaran dan mereka telah berjaya menangkap beberapa orang warga Palestin di kawasan berasingan yang terletak di Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan, enam orang warga Palestin telah ditangkap. Antara tahanan tersebut termasuklah dua orang tahanan yang berjaya bebas dari penjara. Mereka ditangkap selepas rumah mereka diserbu oleh pihak pasukan tentera Israel. Pasukan tentera juga menangkap seorang bapa dan anak lelakinya di bandar Yamun, Jenin manakala seorang pemuda di bandar Tubas dan yang lain di Bethlehem. Di samping itu, tiga orang lagi pemuda juga telah ditangkap di bandar al-Khader dan empat yang lain di Hebron.

 

Related