Home Berita Post View

Amaran Perintah Benett

Apr 11, 2022 11:43 am

Jurucakap rasmi Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh memberi amaran tentang bahaya perintah yang dikeluarkan oleh Presiden Israel, Naftali Bennett. Beliau mengarahkan para tentera untuk bekerja tanpa sekatan dan menempatkan mereka di kawasan Tebing Barat bagi tujuan membunuh dan mendera.

Di samping itu, Abu Rudeineh juga memberi amaran terhadap ancaman rakyat Israel yang berniat untuk menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa pada Jumaat depan selain pembunuhan yang sering dilakukan ke atas rakyat Palestin pada setiap hari. Beliau menegaskan bahawa pertindanan piawaian yang ditetapkan bersama Dasar Aparteid memerlukan perubahan dasar yang menyeluruh termasuk menyediakan perlindungan dan campur tangan antarabangsa bagi menghentikan pencerobohan dan pencabulan Israel terhadap rakyat Palestin sebelum ia mencapai tahap yang lebih kritikal. 

 

Related