Setiausaha Agung gerakan Jihad Islam, Ziyad al-Nakhalah berkata, “Kami menerima dan bersedia menghadapi sebarang pertempuran pada bulan Ramadan.”
Tambah beliau semasa temu bual dengan saluran televisyen al-Manar Lebanon, Israel perlu faham bahawa Gaza tidak akan dapat dipisahkan dengan Tebing Barat kerana rakyat Palestin adalah satu. Kenyataan tersebut merupakan amaran bahawa mereka tidak akan berdiam diri terhadap cubaan Israel dalam mengasingkan bandar Jenin. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Palestin mempunyai pilihan yang luas bagi menghadapi pertempuran jika ia berlaku.
Tegas al-Nakhalah, peristiwa yang berlaku sepanjang peperangan Saif al-Quds pada Ramadan yang lepas kini berulang kembali. Ekoran daripada pertembungan yang berterusan dan kejadian yang berlaku di kota al-Quds, para pejuang memutuskan untuk tidak berdiam diri.

