Home Berita Post View

Israel Menahan 25 Orang Penduduk Palestin

Apr 11, 2022 11:42 am

 

Tentera Israel menahan 25 orang penduduk Palestin di kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitul Maqdis. Pemimpin gerakan HAMAS, Ismail al-Nattah antara mangsa yang ditahan. 

Akhbar al-Quds melaporkan bahawa tentera Israel melancarkan serbuan dan buruan besar-besaran di kediaman penduduk Palestin. Kejadian tersebut turut melibatkan bandar, kejiranan, pekan dan perkampungan di kawasan berbeza di Tebing Barat.

Seterusnya, akhbar tersebut turut melaporkan bahawa pertempuran yang tercetus antara pemuda Palestin dan tentera Israel berlaku lebih daripada satu kawasan termasuklah Meithalun di Jenin, kawasan timur Nablus, Tulkarm dan lain-lain.

Related