Tiga orang penduduk Palestin syahid ditembak oleh tentera Israel di Bethlehem, Jenin dan Hebron yang terletak di Tebing Barat. Antara mangsa yang syahid ialah seorang remaja lelaki dan seorang gadis yang didakwa oleh tentera Israel cuba untuk melakukan tikaman semasa tentera Israel menyasarkan kenderaan penduduk Palestin.

